Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamu'alaikum... Satu kemusykilan yang saya perlukan penjelasan tentang hukum Apakah hukum sekiranya saya membawa pulang laptop yang diberi oleh pihak majikan untuk tujuan kerja Namun semasa di rumah saya gunakan juga sebahagian masa untuk tujuan peribadi
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, secara asas, hukumnya adalah tidak harus kerana tujuan utama adalah untuk tujuan kerja sahaja. Namun, hal demikian tidak bermasalah jika diniatkan untuk tujuan kemajuan modal insani seperti menambah ilmu dan kemahiran yang akhirnya digunakan dalam kelas untuk mengajar. Akan tetapi, perlu cermat dalam aspek masa yang digunakan, elektrik, dan peralatan. Elakkan dibuat kerana kepentingan peribadi yang tiada berkaitan dengan pembangunan modal insan (menambah pengetahuan kerja). Tuan boleh memohon kebenaran kepada majikan untuk menggunakan kegunaannya (laptop) supaya diperluaskan termasuk urusan peribadi yang pasti tidak menjejaskan amanah pekerjaan hakiki yang diberikan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.