BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Saya menyertai satu pertubuhan sbg ahli. Yuran ahli semua telah saya jelaskan. Satu hari, AJK pertumbuhan nak buat satu majlis jamuan. Saya tak boleh pergi dan tak boleh hantar wakil. Saya saya merayu supaya dikecualikan dari bayaran yg dikenakan. Tetapi AJK tetap mahu bayaran juga. Apa hukum duit yg saya bayar jika saya tak reda dan tidak hadir?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sepatutnya pihak pertubuhan tidak boleh memaksa ahli untuk membayar duit jamuan yang tidak boleh dihadirinya. Dan tidak boleh mengambil harta milik orang secara batil (salah). Perkara ini jelas sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud ; “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (al-Baqarah : 188) Memakan wang yang diperolehi dengan cara yang salah hukumnya adalah berdosa. Namun, jika tuan telah membayarnya, niatkanlah sebagai sedekah, mudah-mudahan menjadi amal jariah tuan. Namun, jika telah disepakati bahawa sebarang majlis akan dikenakan bayaran sama ada hadir atau tidak, maka pertubuhan ada hak untuk mengutip duit. Dalam pada itu, jika ada perkara berbangkit hendaklah dikemukakan dalam mesyuarat pertubuhan. Jika ada pertubuhan yang menyalahi undang-undang, hendaklah kemukakan aduan ke pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (www.ros.gov.my) untuk siasatan lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih. .


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 218

message user image