BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum bercucuk tanam di tanah rizab sungai atau tanah kerajaan dan kita makan hasil tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, secara umumnya hasil tanaman di tanah rizab sungai atau tanah milik kerajaan masih dimiliki oleh orang yang mengusahakannya. Ia dikenali ihya’ al-mawat (menghidupkan tanah yang tidak diusahakan). Begitu juga sesiapa mengusahakan tanaman di tanah milik kerajaan, hasilnya boleh diambil, dijual atau dibahagikan selagi tidak diambil kerajaan. Asasnya daripada hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan suatu tanah kosong, maka ia menjadi miliknya.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi) Walau bagaimanapun, minta izin daripada pihak kerajaan lebih utama. Dalam Kanun Tanah Negara, apabila kerajaan mengambil tanah berkenaan, pengusaha tidak dapat menuntut pampasan atas kerugiannya kerana dia mengusahakan sesuatu bukan atas tanah miliknya. Sebenarnya semangat di sebalik prinsip ihya’ al-mawat supaya tiada kawasan terbiar dan tidak produktif. Dengan itu ekonomi negara akan hidup dan berjalan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 332

message user image