BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya, beberapa hari yg lepas saya ad terpijak najis dn saya bawa masuk najis dlm kereta saya tanpa saya sedari, saya ada syak pasal najis tu. Di kawasan itu banyak anjing dn Kadang2 saya nampak juga kucing, jadi soalan saya adakah saya perlu sertu najis tersebut dn menganggap najis itu najis anjing, dn adakah wajib dibasuh menggunakan tanah,harap dapat jawapan untuk persoalan saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, jika diyakini dan nampak najis tersebut adalah najis anjing, maka hendaklah disertu menggunakan kaedah menyucikan najis mughallazah, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ Maksudnya: “Sucinya bekas salah seorang di antara kamu apabila ia (bekas) dijilat Anjing adalah dengan cara membasuhnya sebanyak tujuh kali dan yang pertama (basuhan) dengan tanah”. (Riwayat Muslim) Adapun, jika tuan tidak yakin hanya syak, maka hendaklah disucikan dengan kaedah menyucikan najis mutawassitah, ini kerana itu adalah kawasan umum yang dilalui oleh manusia dan haiwan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 193

message user image