BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz...saya ada sedikit kemusykilan agama...sy bekerja di sebuah syarikat swasta bahagian admin..saya ditugaskan untuk mengurus urusan pembelian toner printer syarikat. Oleh itu, saya telah melantik satu syarikat untuk membekalkan toner kerana harga yang diberikan berpatutan dan kualiti toner memuaskan...tetapi setiap kali pembelian dilakukan ,sales person pembekal tersebut akan menyerahkan saguhati wang ringgit kepada saya...jadi duit yg sy terima itu halal or haram???? Untuk makluman saya tidak pernah meminta dan mensyaratkan sejumlah wang kepada beliau sebelum melakukan urus niaga ini. Mohon penjelasan dari pihak tuan...sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pemberian saguhati yang diberikan oleh syarikat pembekal tersebut adalah halal selama mana tiada apa-apa perjanjian antara pihak pembekal dan pihak syarikat sepanjang proses urusniaga dijalankan. Walaubagaimanapun, saguhati tersebut perlulah dimaklumkan kepada pihak majikan. Sebaiknya pemberian itu digunakan bagi keperluan syarikat dan bukan diguna untuk keperluan peribadi, kerana pembeliannya menggunakan duit syarikat, bukan individu. Tindakan ini dilakukan bagi mengelakkan salah guna kuasa dan rasuah. Boleh rujuk berkenaan perkara ini di link berikut: https://www.sprm.gov.my/hadiah والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 93

message user image