BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Saya ada cakap kepada isteri, "kalau kau balik rumah ayah kau, kau bukan isteri aku lagi"...tetapi isteri sya balik juga tanpa pengetahuan sya..adakah jatuh talak kalau mcm ni...tapi sya tiada niat untuk tinggalkan isteri sya


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, apa yang dilafazkan adalah berbentuk lafaz taklik kinayah. Ia bergantung kepada niat tuan ketika melafazkannya. Sebarang lafaz cerai secara kinayah bergantung kepada niat yang melafazkan. Jika niat talak, maka jatuh, dan jika tiada niat talak maka tidak jatuh. Pada masa yang sama, isteri telah melanggar lafaz taklik tersebut. Sekiranya tuan tidak berniat untuk menceraikan isteri maka talak tidak jatuh. Bagaimanpun, adalah dinasihatkan untuk bersegera hadir ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk membuat pengesahan lafaz tersebut. Hanya Mahkamah Syariah sahaja yang berbidang kuasa untuk menentukan pengesahan lafaz talak tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 260

message user image