BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Pertanyaan: 1. Saya ingin rujuk kembali dengan isteri saya, tetapi saya berada di luar Negara. Bolehkah saya mewakilkan orang lain untuk melafazkan rujuk tersebut? 2. Sekiranya bekas isteri tidak bersetuju untuk kembali selepas di rujuk, tanpa sebab2 yang dibenarkan syarak, adakah saya boleh membuat aduan di mahkamah dan mohon perintah taat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara; 1. Lafaz rujuk adalah lafaz dari suami kepada isteri untuk kembali semula semasa tempoh iddah. Lafaz tersebut perlu dilafazkan oleh suami dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain untuk melafazkannya. 2. Saudara boleh membuat tuntutan supaya isteri kembali taat kepada suami melalui Mahkamah Syariah sekiranya isteri enggan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 64

message user image