Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya menjaga bangunanan. Masalah saya bacaan alquran dan azan radio atau rakaman akan terdengar kedalam ruang tandas sekali. Adakah berdosa membiarkanya atau menghentikan untuk menjaga kesucian bacaaan tersebut.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, yang haram dan berdosa adalah membaca al-Quran di dalam tandas. Adapun, dalam hal ini lebih baik sekiranya bacaan al-Quran atau suara azan yang berkumandang dapat dihindari daripada kedengaran sehingga sampai ke dalam tandas. Bagaimanapun, adalah dimaafkan sekiranya suara bacaan tersebut memang tidak dapat dielakkan daripada didengari di ruang tandas tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.