BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Jika seseorang anak itu pernah meminta dan menerima duit haram (si anak tahu duit itu dari sumber haram) dari seorang bapa kerana ingin membeli motosikal untuk kegunaan harian ke sekolah zaman dahulu,adakah barang yang dibeli itu haram dan harus dijual balik? atau si anak tiada kena mengena dengan dosa duit haram tersebut, kerana si bapa yang melakukan dosa itu. Jika kena jual balik, boleh ke ikut harga barang yang sekarang bukan jumlah duit yang diambil dulu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, oleh kerana telah diketahui bahawa duit tersebut daripada sumber yang haram, maka haramlah menggunakannya. Kita dianjurkan untuk tidak terlibat dan membantu dalam perkara yang jelas haram dan berdosa. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan, dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”. (al-Maidah : 2) Jika ingin menjualnya, ia akan dinilai mengikut harga semasa. Dan wang tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal atau kaunter zakat yang berhampiran sebagai wakil kutipan bagi wang yang tidak patuh syariah. Adapun, anak tidak menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh bapa tersebut, firman Allah SWT yang bermaksud; “Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.” (Luqman : 33) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 170

message user image