BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/Ustazah. Soalan saya ada dua: 1) Sekiranya perempuan islam itu ada wuduk, maka ia akan terbatal sekiranya bersalaman dengan perempuan bukan islam.? Sekiranya batal maka.. 2) Boleh ke perempuan islam bersalaman dengan perempuan bukan islam dengan niat untuk menjaga hubungan keharmonian sepertimana islam menggalakkan keharmonian antara berlainan agama.? Saya sedia maklum perihal aurat antara mereka dimana aurat mereka adalah satu badan kecuali muka, pergelangan tangan dan kaki. Cuma saya ingin bertanya untuk mengurangkan mengelirukan didalam fikiran.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Tidak batal wuduk seorang perempuan muslim apabila bersalaman dengan perempuan yang bukan muslim. 2. Boleh, kerana mereka bukanlah golongan kafir harbi. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” (al-Mumtahanah : 8) Aurat bagi perempuan muslim dan perempuan bukan muslim (bukan golongan kafir harbi) adalah sama seperti aurat sesama perempuan muslim. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 198

message user image