BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Bolehkah wang syubhah digunakan untuk mengerjakan umrah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, wang syubhah tidak boleh digunakan untuk mengerjakan umrah. Justeru, ini hendaklah disalurkan ke Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri atau diserahkan ke kaunter zakat yang berhampiran sebagai wakil kutipan wang tidak patuh syariah. Perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Mac 2011 berkenaan Hukum Perlaksanaan Penyaluran Wang Syubhah Ke Baitulmal MAIS, seperti berikut: (i) Wang syubhah yang diperolehi boleh dijadikan sumber Baitulmal dan harus dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal. (ii) Penggunaan wang syubhah harus untuk kegunaan menjalankan operasi perjalanan kerja di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti pembinaan, penyelenggaraan bangunan, emolumen, pendidikan, pertanian, penyelidikan, perubatan, kemudahan asas seperti pembinaan dewan, tandas, jambatan dan lain-lain lagi untuk kegunaan umum. Rujukan fatwa; http://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/199-hukum-perlaksanaan-penyaluran-wang-syubhah-ke-baitulmal-mais والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 73

message user image