BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum,Saya ingin buat pertanyaan tentang Menyimpan anak patung di bahagian atas kamar dalam keadaan seperti mempamerkan dalam jumlah yang banyak . Apakah hukumnya ? Sekian Terima Kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Islam mengharamkan ke atas umatnya menyimpan patung-patung kerana ia menyerupai perbuatan orang kafir. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, katanya : قال رسول الله ﷺ لا تدخل الملائكة بيتا تماثيل او تصاوير Maksudnya : “Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat tidak mahu masuk ke rumah yang di dalamnya terdapat patung-patung atau gambar-gambar”. (Riwayat Muslim) Adapun anak-anak patung yang menjadi barang permainan kanak-kanak adalah diharuskan selama mana ia tidak dijadikan barang pameran atau tujuan pemujaan dan mesti untuk tujuan permainan kanak-kanak sahaja. Hadith yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.Anha katanya yang bermaksud : “Aku selalu bermain anak patung di rumah Rasulullah SAW dan kadang-kadang kawan-kawan aku datang (untuk bermain bersama), dan apabila Rasulullah SAW datang, kawan-kawanku terus bersembunyi kerana takutkan Rasulullah SAW, akan tetapi pada hakikatnya Rasulullah SAW kelihatan senang apabila melihat mereka datang untuk menemaniku bermain-main bersama.” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 146

message user image