Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: assalamualaikum saya ingin bertanya berkenaan status saya dengan suami saya , dimana kami pernah bercerai sekali pada 2 thn lepas usia perkahwinan kami baru 3 tahun dan kami telah file kan dan telah merujuk semula, kemudian kami bergaduh besar dan suami melafazkan aku ceraikan kau dengan talak 2 dan dia terus lagi memukul saya dengan teruk seperti orang yang tidak waras kami telah berdamai dan telah berbincang mengenai hal ini lali saya bertanyakan kepada suami saya adakah dia masih ingat ketika dia melafazkan cerai kita kami berge;ut dan dia pun cakap dia sedar sewaktu melafazkan cuma dia hilang pertimbangan dan telafaz talak 2 dan saya jadi ragu sebab kalau diukutakan kami tidak boleh rujuk semula sebab dah cukup3x sebab apa yang pasti kami memang bertengar hampir seminggu dan pada hari kami bergaduh tu baru hari kedua dia pulang kerumah pada hari pertama kami masih bertekak belarutan sehingga 5 pagi dan suami tidur hanya 1 jam dan bangun untuk pergi bekerja tanpa berehat dan cukup tidur dan kejadian belaku pada pukul 1 pagi dinama suami masih belum berehat baeu saha makan dan ingin tidur bila kami dah berbaik suami katakan semula yang dia memang tidak berniat untuk meceraikan saya sekali dua dia merasakan saat itu dia hilang kawalan walaupun dia sedar yang dia telah ucapkan cuma dia tidak tahu yang dia sebut talak2 sekali dia merasakan saat itu dia hilang kawalan walaupun dia sedar yang dia telah ucapkan cuma dia tidak tahu yang dia sebut talak 2 dan dia pasti dan yakin keadaan amarahya dan telafznya talak dalam keadaan yang tidak waras dan hilang kawalaan kami bercadang untuk kepajabat agama cuma sebelum kami terus kesana saya ingin tahu dulu supaya saya boleh bersedia untuk menerima keputusan dari mahkamah saya sekarang sedang hamil baru 1 bulan dan masih rasa tidak kuat untuk melaluinya andai kata kami tidak dapat bersama semula mohon pencerah wasaalam
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, lafaz dari suami “Aku ceraikan kau dengan talak dua” adalah lafaz cerai yang soreh dan jelas. Sebaiknya, puan dan suami hendaklah mendaftarkan segera kes perceraian ini di Mahkamah Syariah yang berhampiran. Apa jua keputusan yang yang diputuskan oleh Hakim Syarie adalah muktamad. Soal talak adalah perkara yang tidak boleh dibuat main dan dilafaz dengan sewenang-wenangnya. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk”. (Riwayat Abu Daud ) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.