BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan/puan, Saya ingin bertanya berkaitan lafaz taklik. Pada suatu hari dalam jam 7 pagi saya dan suami bertengkar, lalu saya mengatakan saya ingin keluar rumah menenangkan hati. Suami tidak benarkan saya keluar dan berkata "Kalau awak keluar pagi ni jatuh talak". Selepas itu saya pun tidak jadi keluar rumah. Kemudian pada hari yang sama , Jam 12.30 tengahari saya pun keluar rumah setelah suami benarkan.Suami saya mengatakan niatnya semasa taklik itu hanya melarang saya keluar pada waktu pagi tersebut.Adakah jatuh talak dengan sebab saya keluar rumah pada tengahari itu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak jatuh talak dengan sebab puan keluar rumah pada waktu tengahari tersebut. Ini kerana lafaz taklik yang dibuat oleh suami “Kalau awak keluar pagi ni jatuh talak”, adalah terikat setakat waktu pagi sahaja, semasa berlakunya pertengkaran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 180

message user image