BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Assalamualaikum w.b.t. Apakah yang dimaksudkan dengan wakaf zurri ? adakah ia sangat relevan untuk masyarakat di Malaysia ? manakah yang lebih memberi manfaat sama ada ahli keluarga masyarakat ( fakir miskin ) yang lebih memerlukan ?. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Wakaf Zurri bermaksud wakaf yang memberi manfaat kepada keturunan wakif (kaum keluarga) sehinggalah anak cucu turun temurun. Iaitu suatu wakaf yang ditentukan oleh waqif untuk keluarganya atau untuk seseorang atau lebih daripada seorang yang tertentu bagi tujuan kebajikan. Hukum melakukan wakaf zurri (keluarga) adalah harus, tertakluk kepada sighah ‘aqad wakaf. (http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2010/608-fatwa-pelaksanaan-produk-wakaf-musytarak) Sudah tentu tujuan berwakaf adalah untuk kegunaan umat Islam keseluruhannya termasuklah fakir miskin, bukan hanya dalam kalangan ahli keluarga sahaja. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 68

message user image