BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Assalamualaikum.. Apakah hukum membunuh anjing liar yang berkeliaran dikawasan perumahan. Tiada kes serangan buat masa ini, tetapi dibimbangi akan berlaku serangan dan mengancam keselamatan terutamanya kanak-kanak.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, adalah dilarang membunuh anjing liar tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak. Lebih-lebih lagi tiada serangan atau ancaman yang membahayakan nyawa. Bagaimanapun, tuan bolehlah laporkan kepada Majlis Bandaraya atau Jabatan Perkhidmatan Veteriner berdekatan untuk tindakan lanjut bagi mengatasi kebimbangan dan keselamatan kanak-kanak terhadap haiwan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 165

message user image