BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: bolehkan pergi umrah dgn perbelanjaan (pakej) berhutang dgn kawan sy sendiri? perbelanjaan umrah sy akan ditanggung oleh syarikat, tetapi perbelanjaan (pakej) isteri sy dipinjamkan dari kawan saya yg memberi pinjaman tanpa apa-apa cas tambahan. saya mahu isteri juga pergi sekali supaya beliau dapat banyak berubah dan dia juga sangat mahu pergi ke umrah.Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, adalah harus dan dibenarkan untuk menunaikan umrah menggunakan wang pinjaman dari seseorang, lebih-lebih lagi pinjaman tersebut tidak melibatkan riba’. Jika diyakini tuan boleh membayar semula kerana mempunyai pekerjaan tetap dan gaji yang stabil, tidak mengganggu nafkah kepada ahli keluarga lain. Jika tuan dan isteri belum pernah mengerjakan umrah, maka tertunailah kewajipan umrahnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 74

message user image