BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Ini ilmu yang saya peroleh daripada imam dan bilak di masjid tempat tinggal saya. Ketika melaungkan azan, selepas "Allahuakbar Allahuakbar(2X)", bilal perlu melafazkan "Asyhadualla illahaillallah(2X), Asyhaduannamuhammadarrasulullah(2X)" secara perlahan sebelum melaungkan dua kalimah tersebut secara kuat. Saya agak musykil dalam hal ini kerana rata-rata bilal lain di youtube tidak melakukannya. Mohon tuan berikan pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, menurut pendapat mazhab Malikiyah dan Syafi’iyah disunatkan menambah bacaan dua kalimah syahadah dengan suara perlahan sekadar terdengar oleh orang-orang disekitarnya, sebelum mengumandangkan dengan suara yang kuat. Kaedah ini disebut sebagai tarji’. Penjelasannya berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Abi Mahdzurah, bahawa sesungguhnya Nabi SAW mengajarkan kepadanya azan ini ; الله أكبر الله أكبر، أشهد أن لاإله إلا الله، أشهد أن لاإله إلا الله، أشهد أن محمدا رسول الله، أشهد أن محمدا رسول الله Kemudian diulang lagi, الله أكبر الله أكبر، أشهد أن لاإله إلا الله، أشهد أن لاإله إلا الله، أشهد أن محمدا رسول الله، أشهد أن محمدا رسول الله Kemudian membaca ; حي على الصلاة، حي على الصلاة، حي على الفلاح، حي على الفلاح Dan membaca ; الله أكبر الله أكبر، لاإله إلا الله (Riwayat Muslim) Majoriti ulama’ mengatakan bahawa tarji’ ketika azan hukumnya adalah sunat. Imam Nawawi mengatakan di dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim, bahawa hadith tersebut menjadi dalil dan bukti nyata bahawa tarji’ dalam azan merupakan perbuatan yang disyariatkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 219

message user image