BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanyakan beberapa soalan. Pertama, sekiranya wanita yang sedang di dalam haid ingin mandi wajib, tetapi tidak mempunyai air (contohnya seperti kemarau atau gangguan bekalan air) apa yang harus dilakukan? Kedua, bagaimanakah kedudukan siku ketika sujud bagi wanita? Adakah diangkat atau rapat ke lantai? Ketiga, saya membela kucing di dalam rumah (apartment), mereka akan membuang air (kecil dan besar) di dalam pasir kucing yang dikhaskan dan kemudian bebas berkeliaran di dalam rumah. Apabila saya mengambil wuduk dan memijak lantai yang sama, adakah solat saya sah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan: 1. Wanita tersebut hendaklah menggunakan simpanan bekalan air di rumah atau berusaha mencari bekalan air walau dimana pun, seperti sungai, perigi, pantai atau mandi di kawasan lain yang tiada gangguan bekalan air/ kemarau. Memandangkan perkara ini sentiasa dibuat hebahan oleh pihak yang terlibat terhadap gangguan bekalan air melalui pelbagai cara (elektronik/ bercetak). Setiap pengguna perlu peka dan membuat persediaan sendiri. Jika tiada juga bekalan air, dan memenuhi syarat untuk bertayammum, maka hendaklah bertayammum. Firman Allah SWT: Maksudnya : “dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Maidah : 6) 2. Kedudukan siku bagi wanita yang bersujud hendaklah diangkat, bukan diletak di atas lantai. 3. Jika diyakini tidak terdapat najis pada pakaian dan tempat solat tersebut, maka sahlah solatnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 233

message user image