BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamu'alaikum, Soalan saya: Mak saya dlm keadaan lumpuh dari pinggang sampai ke bawah. Tapi boleh duduk seperti biasa. Bergerak hanya menggunakan kerusi roda. Boleh kah kalau saya nak haji kan mak saya dgn cara mengupahkan haji sahaja seperti kita mengupahkan arwah keluarga kita tanpa perlu mak saya pergi ke mekah? Itu sahaja soalan saya. Terima kasih atas jawapan yg akan di berikan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, badal haji bagi orang yang sakit berdasarkan kepada Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-34 Musim Haji 1439H yang bersidang pada 19 – 22 November 2017 memutuskan bahawa; Badal Haji Bagi Jemaah Haji Yang Sakit Dan Tidak Ada Harapan Sembuh Di Tanah Suci, adalah seperti berikut; 1) Kewajipan haji tidak akan gugur dengan sebab kematian ataupun sakit atau uzur selagi mana ada kemampuan dari segi harta. Ini kerana kemampuan (Istito’ah) itu boleh dalam bentuk melaksanakan sendiri ibadat haji atau dilakukan oleh orang lain yang disebut sebagai badal haji. 2) Ada dua syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan seseorang dikategorikan sebagai al-ma`dub (penghalang) : a) Penyakit/keuzuran tersebut menghalang seseorang daripada melakukan sendiri ibadat haji. Dan b) Penyakit/keuzuran itu hendaklah berkekalan dan berterusan sehingga mati. (tiada harapan sembuh). 3) Berdasarkan dua syarat tersebut, Jemaah Haji yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa sakitnya tiada harapan sembuh dan sangat berbahaya jika dibawa ke Arafah, maka badal haji boleh dibuat untuknya. Bagaimanapun, sekiranya penyakitnya sembuh selepas daripada itu maka ia wajib menunaikan ibadat hajinya jika berkemampuan. 4) Pelantikan wakil di Makkah untuk melakukan badal haji boleh dilakukan sebaik sahaja pakar perubatan mengesahkan bahawa penyakit Jemaah Haji tersebut tiada harapan sembuh dan sangat berisiko untuk di bawa ke Arafah. 5) Orang yang hilang (al-mafqud) merupakan orang yang tidak diketahui keadaannya sama ada dia masih hidup atau sudah meninggal dunia. Kehilangan itu tidak boleh dijadikan asas untuk membolehkan badal haji dilakukan terhadapnya kerana ada kebarangkalian ia kembali semula. Badal haji hanya boleh dilakukan apabila mahkamah memutuskan bahawa orang tersebut diisytiharkan telah meninggal dunia. Ini bermakna, selagi tiada keputusan daripada mahkamah, selagi itu badal haji tidak boleh dilakukan. Rujukan : https://www.tabunghaji.gov.my/en/muzakarah-hajj-resolution والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 68

message user image