BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Baru-baru ni saya ada bertanyakan soalan berkenaan dengan hukum bekerja di syarikat logistik yang menguruskan penghantaran untuk syarikat genting..pihak pengurusan masih dalam perbincangan untuk menerima surat letak jawatan saya kerana bagi mereka terdapat ramai lagi pihak yang terlibat dengan genting..seperti contoh pekerja Kastam yang meluluskan permit untuk penghantaran machine slot, pihak polis yang meng ekskot lori yang membawa machine slot terserbut..saya buntu untuk menjawab soalan mereka..General Manager saya jumpa untuk pujuk supaya tidak berhenti dari kerja. saya tak mampu nak jawab soalan-soalan yang GM saya ajukan. Sangat hargai sekiranya pihak ustaz dapat membantu apa yang saya patut jawab kepada mereka supaya mereka rasa saya bukan seorang yang berfikiran sempit/ekstem dengan mengambil keputusan berhenti kerja ini. Terima kasih atas keperihatinan pihak tuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, sebaiknya jika saudari boleh berbincang secara harmoni dengan pihak syarikat terlebih dahulu agar penjelasan dapat diberikan, tentang pengharaman penglibatan kakitangan Muslim di dalam urusan yang berkaitan dengan perkara yang haram (judi). Cadangan bagi pengasingan secara total adalah meliputi:- i. Pengasingan akaun (urusniaga judi dan bukan judi). ii. Pengasingan kakitangan dibahagian kewangan. Sebaiknya urusniaga berkaitan judi diserahkan kepada pekerja yang bukan muslim. iii. Gaji kakitangan muslim dari akaun yang patuh syariah (Syariah Compliance). iv. Orang Islam tidak melibatkan diri dalam kerja-kerja akaun yang berkaitan dengan judi. Jika syarikat boleh melakukan cadangan tersebut, adalah harus pekerja muslim terus berkhidmat. Semoga dengan usaha saudari untuk patuh dan taat perintah Allah SWT mudah-mudahan akan beroleh kemenangan. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan”. (An-Nuur : 52) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 100

message user image