BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum..Saya ada keraguan mengenai taklik yang dibuat oleh suami..suami pernah berkata kepada saya sewaktu bertengkar “lepas ni kalau ayg buka telefon abg tanpa izin abg jatuh talak” selepas keadaan tenang saya ada bertanya kepada suami apakah maksud yang dia cakap tadi..adakah saya tidak boleh membuka telefon dia lagi lepas ni dan adakah sampai bila2 saya tidak boleh buka telefon dia..suami berkata “abg izinkan ayg buka telefon abg bila2 masa sahaja tapi kalau ada benda yang musykil tanya abg dulu sebelum buat andaian sendiri sebab abg tak nak ayg terus berperasangka buruk”..saya tanya lagi, “ kalau saya buka telefon dia lagi lepas ni adakah jatuh talak terhadap saya”..suami saya ckp tak jatuh sebab dia izinkan saya buka telefon dia pada bila2 masa sahaja dan taklik yang dia buat tadi bukan untuk selamanya tapi hanyalah sewaktu kami bergaduh itu sahaja..maksudnya jika saya buka waktu kami bergaduh tu jatuhlah talak kepada saya..tetapi sewaktu bergaduh tu saya memang tidak menyentuh langsung telefon suami saya..atas keizinan dia baru saya buka dan tengok telefon dia kembali..saya juga ada meminta izin dia untuk tengok telefon dia pada bila2 masa sahaja lepas ni dan suami saya izinkan saya utk tengok telefon dia pada bila2 masa sahaja yg saya nak..suami juga berkata bahawa dia tidak bermaksud untuk menceraikan saya tapi hanyalah ugutan supaya saya tidak terus bersangka buruk dan menuduh dia..jadi atas keizinan suami saya, saya buka telefon dia macam biasa tanpa meminta izin setiap kali utk buka sebab saya dah minta izin awal2 tadi supaya saya boleh buka dan tengok telefon suami saya pada bila2 masa sahaja..adakah jatuh talak terhadap saya? Dan adakah saya masih tertalik selagi saya tidak melanggar taklik tersebut ataupun taklik tersebut hanya sah pada waktu kami bergaduh itu sahaja? Sebab suami kata kt saya dia hanya melarang saya buka telefon dia waktu kami bergaduh tu sahaja dan selepas ni tu bkn maksud dia untuk selamanya tp hanyalah pada waktu kami bergaduh dan sehingga kami berbaik semula itu sahaja..mohon pencerahan..terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, taklik yang dibuat oleh suami : “Lepas ni kalau ayg buka telefon abg tanpa izin abg jatuh talak”, adalah jelas bahawa talak akan jatuh sekiranya isteri membuka telefon suami tanpa izinnya, selepas taklik dilafazkan. Dan taklik tersebut berterusan selagi tidak dilanggar. Taklik juga tidak boleh ditarik balik, ia melibat soal hukum dalam perkahwinan. Taklik yang dilafazkan itu jelas tidak terikat dengan waktu tertentu, ia kekal sepanjang perkahwinan. Isteri perlu beringat sampai bila-bila sekiranya isteri buka telefon suami tanpa izin, maka jatuhlah talak ke atasnya. Justeru, perkara ini hendaklah segera dirujukkan ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk tujuan pengesahan dan perekodan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 76

message user image