BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Suami melafazkan cerai melalui panggilan,dan suami melafaz tanpa rela hati krana isteri pertama memaksa...niat lafaz cerainya kpd sy kerna untk puaskn hati isteri pertama yg mendesak....adakah jatuh talak kepada saya


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, lafaz cerai yang mana lafaznya disebut secara soreh (jelas) maksudnya yang dilakukan semasa panggilan telefon adalah sah. Sekalipun bukan dengan rela hati atau didesak oleh isteri pertama (bukan paksaan yang mengancam dan membahayakan nyawa). Lebih-lebih lagi suami berniat cerai itu demi memuaskan hati isteri pertamanya. Ini kerana, sepatutnya suami boleh berfikir dan membuat pilihan untuk mengikut desakan tersebut atau tidak, kerana talak adalah hak suami bukan isteri, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk”. (Riwayat Abu Daud ) Oleh yang demikian, puan dan suami hendaklah mendaftarkan perceraian ini di Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan oleh Hakim Syarie dan proses selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 148

message user image