BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Ustaz, saya telah hampir setahun tinggal berasingan. Saya keluar dari rumah suami yang juga ibu mertua dan kakak ipar saya tinggal. Adik beradik yg lain juga datang ke rumah suami setiap hari untuk makan malam bersama. Saya baru 2 tahun berkahwin tapi tidak pernah bahagia. Suami tidak sentuh saya selama saya berkahwin dengan dia kecuali masa mula kahwin. Saya keluar kerana suami pernah memukul saya dan kakak2 nya yang lain menghalau dan menghina saya dan juga menuduh saya curang. Saya dalam proses untuk bercerai tapi suami sengaja tidak mahu ceraikan saya dengan niat untuk menyiksa saya, saya dihalang untuk berjumpa dengan anak yang berumur satu tahun lebih. Saya dipaksa untuk tandatngan agreement supaya saya menyerahkan anak kepada dia dan barulah dia akan ceraikan saya. Saya tidak diberi nafkah jauh sekali untuk bertanya khabar. Setiap kali saya datang jumpa anak saya di maki oleh kakaknya. Saya dalam proses penceraian tapi kes saya sangat lambat . Kes hadhanah juga lambat, anak tinggal bersama suami dan saya terpaksa bersabar menunggu kes mahkamah selesai. Suami pernah mengatakan yang dia akan ceraikan saya, dia juga bercerita dengan ibu dan kakak dia yang dia akan ceraikan saya. Tapi didepan saya dia belum lafaz. Apakah hukum sebagai seorang isteri yang meninggalkan suami yang mendera emosi dan fisikalnya? Perlukan saya taat sekiranya saya dihina oleh suami dan keluarganya. Saya dilarang masuk ke rumah suami oleh keluarganya. Ketika dihina, suami menyokong kakak dan ibunya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, hukum asal bagi seorang isteri itu hendaklah taat kepada perintah suami dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syarak dan tidak keluar rumah melainkan dengan izin suami. Namun, Islam mengharuskan seorang isteri itu keluar rumah tanpa kebenaran suami sekiranya merasakan dirinya dalam keadaan bahaya jika tinggal bersama. Ini bagi mengelakkan kezaliman berlaku terhadap suami dan isteri tersebut, setelah mendapati tiada langkah penyelesaian lain melainkan keluar meninggalkan suami. Puan dinasihatkan untuk hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan bagi mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan dan proses selanjutnya serta tindakan yang sewajarnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 176

message user image