BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah dibolehkan menggunakan dana masjid iaitu meliputi duit tabung jumaat,duit tabung harian,duit tabung kuliah maghrib dan subuh, derma umum/duit tabung infak kursus haji dan sebagainya yang mana dana dana tersebut digunakan untuk diuruskan jenazah ahli qaryah atau asnaf zakat atau orang yang mengaku tidak ada duit untuk dibayar kepada pihak yang menguruskan jenazah,saya mengharapkan agar persoalan ini diberikan perhatian,kerana terdapat gesaan daripada beberapa ahli qaryah supaya pengurusan jenazah menggunakan dana infaq tersebut untuk meringankan beban ahli keluarga simati


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, oleh kerana bidang kuasa pengurusan Masjid dan Surau Negeri Selangor adalah dibawah kawalan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihak kami mencadangkan agar tuan merujuk kembali kepada pekeliling dan garis panduan sedia ada untuk panduan, sebagaimana link berikut; https://e-masjid.jais.gov.my/index.php/pekeliling Untuk makluman, JAIS juga telah menyusun semula Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid Dan Surau Negeri Selangor, yang boleh dilayari di link berikut; https://e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/SOP%20kewangan%20masjid.pdf Begitu juga setiap Ahli Jawatankuasa Masjid mestilah mengetahui peranan dan tugas masing-masing dalam menguruskan masjid, lebih-lebih lagi urusan kewangannya. Ini berdasarkan senarai tugasan jawatankuasa seperti link berikut; https://e-masjid.jais.gov.my/uploads/pekelilings/PERATURAN%20MASJID%20DAN%20SURAU.pdf Ini bertujuan supaya, penggunaan dana masjid dan kutipan-kutipan lain dapat diurus dengan amanah dan boleh dimanfaatkan untuk ahli kariah. Termasuklah urusan khairat kematian ahli kariah. Jika terdapat sebarang kemusykilan berkaitan hal ehwal masjid, bolehlah merujuk terus ke Bahagian Pengurusan Masjid JAIS di talian 03-55143776 / 03-55143685. Sehubungan itu, pengurusan jenazah ahli kariah perlu diambil daripada harta simati sebelum difaraidkan, kecuali bagi kes-kes yang benar-benar diperlukan seperti tiada meninggalkan harta/ waris. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 76

message user image