BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah kita sebagai umat islam perlu mencuci di bahagian dalam lubang kemaluan selepas membuag air kecil...bagi orang lelaki.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak disyaratkan mencuci di bahagian dalam lubang kemaluan selepas membuang air kecil. Hendaklah membasuh kemaluan dengan air mutlak setelah dipastikan tiada lagi najis yang keluar. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah dengan berdehem-dehem atau mengurut kemaluan daripada pangkal ke hujungnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 68

message user image