BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Saya ingin bertanya pasal hukum.Apakah hukum meletakan instrumen atau bunyi alat muzik didalam Azan.Atau meletakan laungan Azan didalam lagu yang bukan berunsur keagamaan.Terima Kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bagi kes ini telah ada fatwa berkaitan yang boleh digunapakai bagi persoalan azan. Ini kerana azan adalah perkara yang disyariatkan untuk seruan menunaikan solat fardhu. Justeru, mengiringi laungan azan dengan instrumen atau bunyi muzik adalah ditegah. Jika azan dilaungkan, adalah disunatkan untuk menjawab seruan azan tersebut. Meletakkan laungan azan di dalam lagu yang bukan berunsur agama atau berunsur agama lain boleh menimbulkan fitnah. Oleh itu, ia perlu dielakkan. Rujukan fatwa berkaitan; http://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/218-hukum-mengiringi-bacaan-al-quran-dengan-muzik-dan-menggunakan-matan-hadith-terjemahan-al-quran-serta-terjemahan-hadith-sebagai-lirik-lagu والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 166

message user image