Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam...apa hukum jika kita mengunakan gmbr profile kita bersama arwah (menutup aurat)..kerana ramai melarang memaparkan gambar org yg dh meninggal
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, tidak menjadi kesalahan menggunakan gambar profile bersama arwah. Lebih-lebih lagi ianya menutup aurat. Tiada juga larangan untuk memaparkan gambar orang yang telah meninggal dunia, seperti ibu bapa, ahli keluarga atau rakan, dengan itu kita boleh sedekahkan al-fatihah untuknya, mengingati kebaikannya dan saling mendoakan ke atasnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.