BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum memakai bedak muka yang todak berbau dan celak kening ketika dalam ihram


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, memakai bedak dan celak jika bertujuan untuk berhias hukumnya adalah makruh. Imam an-Nawawi ada menyebut dalam kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab bahawa : “Seseorang yang sedang melaksanakan ihram dilarang menggunakan wangian di tubuhnya, tidak boleh memakan wangian, bercelak dengan wangian dan tidak boleh meminta dipakaikan minyak wangi. Seorang yang sedang melaksanakan ihram juga tidak boleh disuntik dengan sesuatu yang bersifat wangi. Jika salah satu dari semua itu dilakukan, maka ia wajib dikenakan bayaran fidyah. Sebab jika digunakan di baju saja wajib fidyah, apatah lagi jika digunakan dibadan.” Justeru, jika pakai bedak dan celak yang ada wangian, maka haram hukumnya kerana telah melakukan pantang larang dalam ihram. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 444

message user image