BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya pelajar asrama di Johor. Rumah ibu bapa saya di Selangor. Soalan saya, sekiranya saya pulang ke Selangor kurang dri 3 hari. Adakah saya dibolehkn untuk jamak? Adakah saya dikira sebagai orang yang mempunyai 2 tempat brmastautin walaupun saya jarang pulang ke rumah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, 1. Saudari boleh melakukan solat jamak selagimana tidak berniat untuk bermukim lebih daripada 3 hari. 2. Saudari masih dikira sebagai bermukim melainkan telah berniat untuk tinggal tetap disitu selama-lamanya. Hanya satu tempat mukim dan mastautin. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 81

message user image