Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: assalammualaikum, saya nak bertanya, saya rasa, saya uzur pada umur 10tahun, dan sekarang saya sudah berumur 27 tahun, saya tidak pernah berpuasa, kalau berpuasa pun saya tidak solat, jadi berapa hari puasa yang saya perlu qada? dan berapa denda fidyah yang dikenakan? kalau dendanye terlalu banyak, boleh ke saya bayar secara ansuran? mohon beri penjelasan pada saya, terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, qada puasa hukumya wajib. Ia hendaklah dikira sebaik sahaja umur baligh. Fidyah yang dikenakan juga mengikut hari yang telah ditinggalkan. Sehari puasa yang tinggal, fidyahnya secupak beras atau mengikut nilai semasa. Setiap sehari puasa yang tinggal wajib qada’ sehari dan satu fidyah. Terdapat dua kaedah bagi bayaran fidyah sama ada digandakan atau tidak digandakan. Ini berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil. 1/2001 yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa: Harus menggunakan 2 kaedah: i. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun. ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kifarah. http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/812-hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah Justeru, puan bolehlah berursan di mana-mana kaunter zakat yang berhampiran untuk pembayaran fidyah tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.