BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya inginbertanya, apakah hukum memakan daging sembelihan syiah? Soalan kedua, apakah hukum membaca ratib al-haddad secara berjemaah? Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan kepada al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, menyatakan bahawa ; “Memakan daging sembelihan syiah hukumnya adalah haram sekiranya diketahui bahwa penyembelih tersebut adalah merupakan penganut syiah yang berpegang dengan perkara-perkara bid’ah yang mengkufurkan”. Berkenaan membaca ratib al-Haddad secara berjemaah hukumnya adalah harus. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 403

message user image