Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalammualaikum ustaz saya skrg berada dlm di lema..sy berkerja di macdonald..kadang2 sy kena jaga kaunter bayaran..sy nk tanya kalau saya tersentuh makanan org cina dalam polistrin mcm mana ye ustaz..bila saya nampak je org cina masuk sambil bawak makanan dalam polistrin saya jadi was2 dan asyik terpikir sahaja walaupun saya tak tahu makanan ape yang dia bawak..sebab saya akan terima duit dari tangan orang cina tu..adakah saya kena samak ye ustaz..ustaz macam mana nak hilangkan penyakit was2 ni ye
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, tidak perlu sertu tangan yang menerima duit dari tangan orang cina tersebut. Ini kerana, saudari nampak yang dipegang oleh orang cina itu adalah polisterinnya, dan tidak diketahui apakah di dalamnya. Oleh itu abaikan rasa was-was tersebut, kerana saudari sendiri tidak tahu dan tidak pasti. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya Radhiyallahu 'anhuma, ia berkata: “Aku telah hafal dari Rasulullah SAW” دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ Maksudnya : “Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu’”. (Riwayat al-Tirmizi) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.