BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah tanah kubur itu dikira sebagai najis yg tidak suci utk dibawa ke solat sekiranya terkena pakaian dsbgnya. Saya dengar dr seorg ustaz bhw tanah kubur itu adalah najis dan perlu dicuci kerana ianya tanah yg dibolak balikkan dari mayat mayat yg terdahulu


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tanah kubur bukanlah najis. Ini kerana jenazah-jenazah yang dikebumikan di situ tidaklah menajiskan tanah kubur tersebut. Tubuh orang Islam yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, bukanlah najis. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; ”Sesungguhnya orang mukmin itu tidak najis” (Riwayat al-Bukhari) Walau bagaimanapun, apabila hendak solat, pakaian yang terkena tanah hendaklah dicuci dan mestilah menggunakan pakaian yang bersih ketika menghadap Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)”. (al-A'raaf : 31) Begitu juga dengan firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan”. (al-Muddaththir : 4) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 729

message user image