Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: As Salamualaikum Ustaz....Saya ada kemuskilan berkenaan lafaz talak.... baru2 ni saya bertengkar dg isteri saya. Akibat dari pertengekaran itu dg perasaan marah tapi sya tiada niat utk bercerai....cuma sya kata " kalau awak dh tk suka dan rasa tidak bahagia dg saya baik kita bercerai saja... adakah sudah jatuh talak isteri saya. Mohon penjelasan dari ustaz.
Jawapan
Berdasarkan kepada ayat yang tuan tuturkan, maka tidaklah jatuh talak ke atas isteri, kerana ia adalah taklik dan suruhan kepada isteri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.