BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum,saya ada kemusykilan, bolehkah solat jenazah dihalaman rumah beramai-ramai dan memakai kasut ketika solat jenazah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, menunaikan solat jenazah boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan dengan memakai kasut, selagi mana menjaga syarat sah solat jenazah dan dalam keadaan berwuduk. Jika kasut bersih dan suci, maka sah solatnya. Jika menanggung najis maka tidak sah, kerana salah satu syarat sah solat adalah suci pakaian daripada najis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 96

message user image