BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz dan ustazah. Soalan saya, bos saya yang berbangsa cina ada mengajak kami makan malam di sebuah restoran. Restoran tu kategori pork free tp ada jual beer juga. Pada masa yang sama restoran itu mengatakan semua bahan mentah untuk masakan adalah dari supplier yang halal. Apakah hukumnya? Boleh ke kami makan di situ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, adalah harus seorang muslim makan di restoren bukan muslim sekiranya diyakini semua bahan mentah dan sumber yang diambil adalah halal. Bagaimanapun mengelakkan diri daripada makan di restoren bukan muslim adalah lebih baik, tambahan pula restoren tersebut ada menjual minuman yang tidak halal, kerana ia boleh menimbulkan fitnah dan syubhah. Berbincang dan berterus teranglah secara berhemah agar bos/ majikan menukar tempat makan di restoren yang jelas halalnya dan mempunyai sijil halal. Jelaskan dengan baik agar beliau memahami halal dan haram bagi seorang muslim. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 180

message user image