BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Bolehkah kita menggerakkan tabung masjid ketika khatib membaca khutbah, contohnya khutbah solat Jumaat? Mohon penjelasan, sebab ada sesetengah ustaz mengatakan hukumnya haram.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rajab 1438H memutuskan bahawa:

i. Harus menggerakkan tabung kutipan Jumaat ketika khatib membaca khutbah dengan syarat tidak menghalang para jemaah daripada mendengar khutbah.

ii. Petugas yang mengendalikan tabung kutipan hendaklah dipastikan tidak menghalang jemaah daripada mendengar dan memahami khutbah yang dibacakan.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 342

message user image