Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: adakah solat saya diterima jikalau ada sedikit keputihan yang melekat pada kemaluan saya tanpa saya sedari?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, keputihan yang membatalkan solat adalah berupa lendiran wadi dan mazi. Jika disedari keputihan itu selepas menunaikan solat, maka sah solat tersebut, kerana yakin bersih semasa solat dilakukan. Tetapi jika diyakini keputihan itu ada semasa solat, maka batallah solatnya dan wajib diqada’. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.