BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt. Yang saya hormati, Tn Mufti Selangor. Saya ingin bertanya 1 soalan dan saya mohon agar identiti saya dirahsiakan. Saya, Zara, telah mengerjakan umrah buat pertama kalinya. Semasa saei umrah pertama dan umrah sunat, saya telah berhenti seketika untuk minum air zamzam dan selepas itu, meneruskan perjalanan saei tanpa berundur beberapa langkah ke belakang. Selepas selesai umrah, saya teringat bahawa semasa kursus umrah, ustaz Y ada memberitahu untuk undur beberapa langkah ke belakang sebelum meneruskan saei jika berhenti minum air zamzam. Cuma hukumnya saya kurang pasti. Soalan saya, adakah sah, saei & umrah saya tanpa berundur beberapa langkah ke belakang selepas berhenti minum air zamzam ketika melakukan saei? Saya yakin dengan bilangan ulang alik 7kali saei saya cuma sedikit terfikir berkenaan perkara di atas.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, meminum air yang disediakan semasa mengerjakan saie tidaklah melanggar syarat saie, kerana ia masih berada di tempat saie (Batnul wadi). Dan perbuatan meminum air tidak memutuskan perjalanan dari Safa ke Marwah. Oleh itu, saie puan adalah sah. Peringatan ustaz Y itu lebih terpakai semasa tawaf, kerana dalam tawaf disyaratkan sentiasa mengirikan kaabah bagi meyakinkan kesempurnaan pusingan tawaf, tidak terputus. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 79

message user image