BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: macam ni kalau laki lafas cerai melalui sms.. Kata kalau pergi kerja esok aku cerai. Lepastu kalau esok tak pergi. Lusa pulak laki dah izin pergi kira dia tarik balik. Jatuh tak talak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, lafaz cerai melalui sms merupakan lafaz kinayah dan perlu ada niat cerai daripada pihak suami, barulah lafaz itu boleh menyebabkan jatuh talak. Adapun, sms yang ditaip “Kalau pergi kerja esok aku cerai” pula adalah lafaz taklik, maka kalau esok isteri keluar bekerja, maka jatuh talak. Tetapi sekiranya esok isteri tidak keluar bekerja, maka tidak jatuh talak. Dan taklik tersebut sudah tidak terpakai lagi kerana tempohnya sehingga esok sahaja. Bukan ditarik balik. Bermakna talak itu tidak berkesan lagi bila masa yang ditetapkan telah tamat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 63

message user image