Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum menderma sperma dan membuat bank sperma? Dan apakah pandangan 4 mazhab tentang perkara ini.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari; 1. Menderma dan menubuhkan bank sperma (air mani) adalah haram. 2. Pandangan dan keputusan ini telah dibincangkan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28-29 Januari 1981 berkenaan Bank Air Mani, muzakarah memutuskan bahawa: i. Mengadakan bank air mani adalah haram dalam Islam. ii. Sekiranya bank air mani telah sedia wujud, maka kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya. iii. Permanian beradas yang dilakukan kepada manusia adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram (yang diluluskan oleh syarak), dibenarkan oleh Islam. iv. Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.