BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan saya sambutan hari natal akan tiba dan pihak pengurusan kali ini meminta tanpa paksaan untuk kami bertukar hadiah sesama pekerja ketika jamuan makan pada hari tersebut. Bolehkah saya berbuat demikian? Adakah perbuatan tersebut seperti merayakan bersama mereka Hari Natal atau sebagai menghormati majikan? Utk pengetahuan ustaz jamuan makan akan diadakan untuk setiap perayaan yg kami sambut bersama2. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Sila rujuk laman web tersebut: http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/115-garis-panduan-orang-islam-turut-merayakan-hari-kebesaran-agama-orang-bukan-islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 94

message user image