BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Pada 28/11/19 yang lalu berlaku pertengkaran antara saya Dan isteri di dalam kereta. Dlm pertengkaran tersebut isteri saya menjerit- jerit dan bertindak seperti hilang akal. Dia menjerit- jerit meminta saya menceraikannya. Oleh kerana tergamam dengan tindakannya itu saya pun telah menceraikannya dengan talak 1. Ketika hendak keluar dari kereta dia menjeri- jerit lagi Dan meminta saya menceraikannya dengan talak tiga. Oleh kerana malu dengan orang sekeliling Dan anak-anak tiri di dalam kereta, saya pun melafaz talak tiga kepadanya sedangkan saya belum rujuk atau bercadang untuk rujuk bagi talak yang pertama tadi. Adakah sah talak tiga yang saya lafazkan untuk Kali kedua tadi. Minta penjelasan dari tuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, penjelasan bagi situasi tersebut adalah tertakluk kepada peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri masing-masing. Sebaiknya tuan dapatkan pengesahan tentang lafaz talak yang pertama dahulu iaitu talak 1 sama ada sabit cerai atau tidak kerana ia berkait dengan talak kedua yang dilafazkan kemudian. Pengesahan lafaz cerai ini hendaklah dikemukakan terus ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk disahkan oleh Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa mengesahkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 69

message user image