BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya bercadang untuk mengerjakan umrah secara DIY. Bagi mengelakkan masalah logistik, kami bercadang untuk memasuki dulu tanah haram dan mengerjakan ibadah biasa dulu di Masjidil Haram dan setelah itu baru kami keluar ke miqat yang berdekatan untuk berihram. Adakah perancangan kami ini dibolehkan dan umrah kami itu sah atau kami perlu membayar dam


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, orang yang mengerjakan umrah wajib berniat dimiqat. Bagi penduduk Malaysia, jika terus ke Mekah miqatnya ialah di Qarnu Manazil (dalam penerbangan). Menginggalkan berniat di miqat, sah umrahnya. Tetapi berdosa dan dikenakan dam tertib dan takdir, kerana melanggar perkara wajib dalam ibadah umrah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 76

message user image