BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum..sy nak bertanya..ketika suami sedang menelefon saya dia sedang melayari facebook tiba-tiba ada post mengenai da’i yang menceraikan isteri dgn tulisan “abang ceraikan sayang dengan talak 1” kata da’i farhan kepada isteri pertamanya..suami sy baca pos tersebut secara penuh..adakah sah hukumnya dan terjatuh talak tersebut kepada saya?saya risau jadi perlukan penjelasan..terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berkenaan lafaz talak, ia adalah perkara yang tidak boleh dilafaz dengan sewenang-wenangnya, di buat main atau sekadar gurauan, lebih-lebih lagi lafaz cerai yang disebut itu adalah lafaz soreh (jelas maksudnya), kerana boleh menyebabkan jatuh talak. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk”. (Riwayat Abu Daud) Namun, berdasarkan situasi tersebut, jika semata-mata membaca tulisan berkenaan, maka talak tidak jatuh. Justeru, perkara ini hendaklah dikemukakan ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk diputuskan oleh Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 65

message user image