BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t, Saya menghidap was was yang teruk. Setelah selesai mandi wajib ketika waktu asar saya dapati terdapat bendasing halus(tidak pasti apakah sebenarnya bendasing tersebut) melekat di tapak tangan saya pada waktu maghrib. Soalan saya adakah saya perlu ulangi mandi wajib saya walaupun saya tidak pasti sama ada bendasing halus tersebut melekat sebelum saya mandi atau selepas mandi wajib? Saya rasa berat untuk mengulangi kerana saya mengambil masa lebih kurang sejam untuk selesai mandi wajib.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, dalam keadaan seperti ini, saudara buat keputusan yang diyakini sahaja. Jika yakin semasa mandi wajib itu tiada apa-apa bendasing yang melekat pada tapak tangan atau diyakini tidak menghalang air ke seluruh badan, maka tiadalah keperluan untuk mengulangi mandi wajib tersebut. Tetapi, jika didapati bendasing itu selepas selesai mandi dan menghalang air untuk sampai ke badan, maka buanglah bendasing tersebut kemudian lalukan air ke atas tapak tangan, maka mandi wajib saudara sempurna dan sah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 173

message user image