Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya solat Fajar di Masjid di mana Imamnya kerana dia orang Arab hafiz selalu membaca surah surah panjang. Soalan saya kerana lama sangat menggu bolih tidak semasa Imam membaca surah salepas saya membaca Fatihah saya membaca didalam hati selawat Nabi ? (2) Apa hukumnya kalau membaca Fatihah dua kali sabelum membaca suurah kerana saya tak pasti dah baca sakali ataupun dua kali. Sekian Wassallam.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Solat sunat yang dilakukan secara berjemaah dan dalam keadaan sirr (senyap), makmum digalakkan membaca surah-surah pilihan disamping menunggu imam selesai membaca surah. Sekiranya, solat dilakukan secara jahar (kuat), maka makmum digalakkan mendengar dan menghayati surat yang sedang dibaca oleh imam. Namun, jika membaca selawat dalam hati tidak mengapa. 2. Membaca surah al-Fatihah sebanyak dua kali bagi makmum yang tidak pasti atau was-was, sama ada telah membaca atau belum, adalah dituntut membacanya semula. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.