BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: assalamualaikum..soalan saya adalah..apa hukummya jika berniaga dalam group2 yg ahlinya berpakaian trlalu seksi..contohnya tik tok yg dh trend skrg.hari² melihat perempuan berpakaian menjolok mata...dan apakah hukum brniaga pil perangsang sex kepada wanita


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, apa sahaja amalan yang kita lakukan perlulah memenuhi dan menepati kehendak syarak, begitu juga dengan pekerjaan yang kita lakukan setiap hari terutamanya pekerjaan yang menjadi sumber pendapatan harian. Walaupun perniagaan yang dilakukan itu halal tetapi bila ada percampuran kepada perkara-perkara maksiat atau yang dilarang adalah menjadi kewajipan untuk menjauhinya. Hukum asal setiap pekerjaan termasuk berniaga adalah harus tetapi seandainya perniagaan yang dijalankan itu membawa kepada kemudaratan atau kemaksiatan ia boleh membawa kepada haramnya perniagaan tersebut. Begitu juga dengan menjual pil peransang sex kepada wanita. Ia melihat kepada apa tujuan penjualan tersebut. Haram hukumnya jika dengan menjualnya terdorong kepada perlakuan maksiat. Islam telah memberi panduan kepada umatnya baik lelaki dan perempuan agar menjaga pandangan dan kehormatan diri, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya...” (al-Nur : 30 – 31) Namun, jika dijual kepada seseorang yang sudah berkahwin, harus jika untuk digunakan bersama-sama suaminya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 91

message user image