BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum.kat sini saya ingin bertanya 1.Apakah hukum bernikah apabila pengantin perempuan tersebut tengah mengandung. 2.Apakah kedudukan anak itu dan anak-anak yang lahir kemudian .


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari; 1. Pernikahan tersebut adalah sah sekiranya memenuhi semua rukun dan syarat sah pernikahan walaupun sedang mengandung semasa pernikahan berlaku. 2. Kedudukan anak yang sedang dikandung semasa pernikahannya adalah anak tidak sah taraf. Tidak boleh dibin/ bintikan kepada suami ibu kandungnya, dan tidak boleh menjadi wali (jika anaknya perempuan) serta tidak boleh mewarisi harta pusaka suami ibu kandungnya kerana bukan nasab. Kedudukan anak tidak sah taraf nasabnya adalah kepada ibu kandungnya. Tanggungan nafkahnya juga oleh ibu dan saudara mara sebelah ibunya, anak tersebut juga boleh mewarisi harta pusaka ibu dan ibunya juga boleh mewarisi harta pusakanya. Anak-anak lain yang lahir selepas pernikahan kedua ibu bapanya adalah anak yang sah taraf. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 124

message user image